suria

Jehan Miskin Ditawar Berlakon Dengan Bintang Hollywood

Jehan Miskin tidak sabar untuk berlakon filem Prince of the City.
Jehan Miskin tidak sabar untuk berlakon filem Prince of the City.
Jehan Miskin tidak sabar untuk berlakon filem Prince of the City.

PETALING JAYA: Pelakon Jehan Miskin bakal berlakon di samping aktres terkenal Hollywood, Michael Madsen menerusi filem Prince of the City pada tahun ini.

Michael pernah muncul dalam filem Reservoir Dogs, Free Willy, Donnie Brasco, Kill Bill dan Sin City.

Menurutnya, pelakon berasal dari Amerika Syarikat itu ditawarkan untuk berlakon dalam filem tempatan yang menggunakan bahasa Inggeris dan diterbitkan oleh Richard Ung. Pelakon Aaron Aziz juga akan berlakon dalam filem tersebut.

“Saya sangat teruja untuk berlakon filem ini kerana jalan ceritanya sangat menarik dan selain genrenya adalah aksi drama.

“Saya ditawarkan untuk melakonkan watak Putera dan merasakan ia merupakan karakter menarik. Saya juga tertarik untuk melihat lakonan Michael Madsen dan juga bergandingan dengan Aaron Aziz dalam filem itu,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya: "Saya minat dia berlakon filem Kill Bill tetapi kalau tidak silap saya cuma ada satu babak dengannya."

Selain itu, dia yang sedang popular dengan watak lelaki lembut dalam telefilem Mak Ok Jer! di Astro Ria akan membintangi sebuah lagi filem yang masih dalam perancangan.

Bercerita tentang lakonan bersahajanya sebagai lelaki lembut bernama Angah dalam telefilem tersebut, Jehan akui akaun Twitter miliknya tidak putus-putus menerima komen daripada orang ramai sejak dari hari drama itu disiarkan.

“Ada yang terkejut dan seronok menonton saya melakonkan watak lelaki lembut,” katanya lagi.

Menceritakan lebih lanjut tentang watak itu, Jehan hanya menjadikan lelaki lembut di sekeliling dan menggunakan jiwa feminin dalam dirinya untuk menghayati watak itu.

“Sepanjang menjalani penggambaran, saya dikelilingi oleh lelaki lembut yang bekerja sebagai jurusolek dan menjaga pakaian.

“Jadi, saya menggunakan peluang untuk menjiwai watak itu dan kaitkan dengan jiwa feminin dalam diri saya kerana setiap orang ada jiwa maskulin dan feminin. Saya tak kisah sekiranya ditawarkan watak seperti ini lagi dalam drama akan datang kerana seronok melakonkan watak itu,” ujarnya yang sedang menjalani penggambaran telefilem Suka Benci Kamu untuk Astro Ria.

Telefilem di bawah terbitan syarikatnya, Mastermind Group itu turut dilakonkan oleh Julia Ziegler, Zul Yahya, Bell Ngasri, Harun Salim Bachik dan Man (Raja Lawak).

Artikel Sebelum

Artikel Lain