suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Geisha Harap Diterima Peminat Malaysia

Geisha
Geisha
Geisha

KUALA LUMPUR: Selepas popular dengan lagu Jika Cinta Dia dalam album pertama berjudul Anugerah Terindah, kumpulan muzik Indonesia, Geisha melancarkan album kedua mereka berjudul Meraih Bintang.

Menurut vokalisnya, Narova Morina Sinaga atau lebih dikenali sebagai Momo, mereka teruja apabila diberi peluang untuk melancarkan album kedua mereka di Malaysia dan memasuki pasaran negara ini.

“Kami berbesar hati kerana dapat melancarkan album kedua kami di sini dan sesuai dengan judul album Meraih Bintang, kami berharap kehadiran kami dapat diterima peminat di Malaysia.

“Album ini telah dilancarkan di Indonesia dan single Cinta dan Benci menduduki tempat pertama di carta lagu Indonesia,” katanya ketika ditemui di Malam Media Universal Music dan Showcase 2011, di sini, Rabu lalu.

Pada acara tersebut Geisha telah menyanyi lapan buah lagu dalam album kedua mereka antaranya ialah Cinta dan Benci, Remuk Jantung ku, Cukup Tak Lagi, Aku Bukan Mereka, Ku Menyerah, Pergi Saja, Kerana Mu dan Hati ku Bicara.

Tambah Momo, album yang disiapkan dalam masa sembilan bulan ini telah memuatkan 11 buah lagu yang menceritakan tentang pengalaman peribadi setiap anggota Geisha.

“Kami mengambil masa selama lebih sembilan bulan untuk menyiapkan kesemua lagu dalam album ini. Biarpun sibuk dengan siri jelajah di seluruh Indonesia akhirnya album ini berjaya disiapkan.

“Kesemua lagu adalah inspirasi dari kisah peribadi dan pengalaman hidup kami. Ia juga lebih matang dari album pertama,” katanya.

Katanya lagi, dia berharap kehadiran mereka diterima oleh peminat muzik Malaysia seperti mana kumpulan Indonesia sebelum ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain