suria

Livonia Juara Pilih Kasih Musim Kedua

Livonia juarai Program Pilih Kasih Foto The Star Oleh M.AZHAR ARIF
Livonia juarai Program Pilih Kasih Foto The Star Oleh M.AZHAR ARIF
Livonia juarai Program Pilih Kasih Foto The Star Oleh M.AZHAR ARIF

SENAWANG: Ratu Cantik Borneo 2010, Livonia, 20, dinobatkan sebagai juara Pilih Kasih musim kedua, pada Pentas Akhir Pilih Kasih yang berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, di sini, Ahad.

Livonia berjaya mengatasi enam finalis lain iaitu Jay Iswazir, 29,Yuzwan Yunus, 24, Ku Hariz, 26, Mira Amnas, 20, Nur Jannah, 24, dan Lia Natalia, 19, dengan markah 26.6 peratus selepas 11 minggu program realiti itu berlangsung.

Livonia berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kenderaan pikap jenis Trekker berharga RM55,000, wang tunai RM10,000, pakej penjagaan kereta Shine Shine bernilai RM2,399 berserta keahlian lima tahun untuk barangan kosmetik dan spa Mestika Ratu berjumlah RM7,000.

Hadiah lain untuk juara termasuklah baucar penginapan tiga hari dua malam untuk dua orang di Holiday Villa Hotel & Residence Doha, Qatar, gelang tangan magnetik dan beg bagasi kulit Edymium dan trofi.

Sementara itu, naib juara yang disandang oleh Yuzwan Yunus membawa pulang set barang kemas U Diamond berharga RM15,000, motosikal Demak Evo Z, wang tunai RM7,000, pakej penjagaan kereta (RM1,399) dan keahlian tiga tahun, barangan kosmetik dan spa RM5,000, baucar penginapan di Holiday Villa Tuan Chau Island, Halong Bay, Vietnam, gelang tangan magnetik dan trofi.

Tempat ketiga yang dimenangi oleh Ku Hariz menerima sebuah motosikal Demak EX90, wang tunaiRM3,000, pakej penjagaan kereta RM899 berserta keahlian dua tahun, televisyen Plasma 42 inci, barangan kosmetik dan spa RM3,000, baucar penginapan di Holiday Villa Sanur, Bali, gelang tangan magnetik dan trofi.

Sementara tempat keempat, kelima dan keenam masing-masing menerima barangan kemas RM5,000, barangan perabot dan pakej penjagaan kereta, baucar penginapan Holiday Villa, barangan kosmetik dan spa serta trofi.

Buat pertama kalinya, Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku penaja utama turut memperkenalkan Anugerah Khas TM yang diberi nama Pelakon Terbaik TM.

Pemenang anugerah ini iaitu Jay Iswazir membawa pulang wang tunai RM3,000, baucar penginapan dua hari satu malam Holiday Villa, tiket menonton perlawanan Manchester United di Stadium Old Trafford, Manchester, England dan trofi.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya, pengarah Bade Azmi dan Penerbit Eksekutif Pilih Kasih, Rosyam Nor.

Pertandingan yang dihoskan oleh pengacara Reza Mohamed itu diadili oleh juri tetap Prof Madya Dr Abu Hassan, Fauziah Nawi dan Rosyam Nor sebanyak 50 peratus manakala 50 peratus lagi dinilai menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

Penonton juga disajikan dengan persembahan oleh penyanyi Mila Jirin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain