suria

James Franco Nafi Gay

AKTOR James Franco mengakui sering disangka seorang gay apabila sering membawa watak lelaki homoseksual di filem-filemnya.

Bagaimanapun dia menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia seorang yang mempunyai nafsu terhadap kaum sejenisnya.

Filem-filem yang dilakonkannya seperti Milk, dan Howl telah benar-benar membuat peminat-peminatnya melebalkannya sebagai gay.

"Saya mahu melakonkan watak itu tidak semestinya saya seperti itu juga. Saya bertuah kerana sedikit sebanyak dapat menyelami kehidupan mereka apabila melakonkannya," ujarnya.

Bintang Eat Pray Love ini juga menganggap dakwaan tersebut sebagai bahan jenaka kerana masyarakat terlalu obsesi dengan kisah-kisah hubungan sonsang seseorang artis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain