suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demi Moore Percaya Gelak Ketawa Bantu Awet Muda

Demi Moore. - Foto AFP
Demi Moore. - Foto AFP
Demi Moore. - Foto AFP

DEMI Moore percaya gelak ketawa ialah cara terbaik untuk awet muda.

Menurut media, aktres berusia 47 tahun itu berkata, dia masih mempunyai perasaan seperti seorang kanak-kanak.

"Saya fikir saya masih berusia lima tahun - barangkali itulah sebab saya letakkan gambar saya ketika berusia lima tahun di Twitter," katanya.

Moore berkata demikian pada sidang akhbar filem terbarunya, The Joneses.

"Saya tidak tahu sama ada terdapat apa-apa rahsia (untuk awet muda). Saya percaya bahawa gelak ketawa dan senyuman adalah penawar terbaik untuk proses tua," katanya.

Moore berkahwin dengan Ashton Kutcher, 32, dan dia mempunyai tiga anak perempuan, iaitu Rumer, 21, Scout, 18, dan Tallulah, 16, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, aktor Bruce Willis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain