suria

BPR 'Slow-Rock' Dengan Orkestra

Dari kiri: Malio, Din, Shawn, Joey dan Awang ditemuramah oleh wartawan. - Foto MSTAR ONLINE oleh AU YEONG HOW
Dari kiri: Malio, Din, Shawn, Joey dan Awang ditemuramah oleh wartawan. - Foto MSTAR ONLINE oleh AU YEONG HOW
Dari kiri: Malio, Din, Shawn, Joey dan Awang ditemuramah oleh wartawan. - Foto MSTAR ONLINE oleh AU YEONG HOW

SELEPAS 25 tahun bertapak dalam industri hiburan, kumpulan Bumiputera Rockers (BPR) akan membawa sedikit kelainan pada persembahannya.

Bukan lagi gaya rock heavy metal tetapi slow rock dalam konsert Balada pada 17 April ini anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Mungkin peminat anggap ia metal. Ini agak lain. Ia banyak slow -rock. Kalau kita tengok orkestra, ia lebih kepada klasikal. Peralatan muzik yang agak lain digunakan - violin, trumpet, trombolin dan lain-lain.

"Peminat harus dengar muzik ini dari aspek orkestra kerana ia sering jauh dari generasi muda. Sebab apa? Orkestra ini mahal dari segi pentadbiran, kos dan ia melibatkan ramai ahli ... 50 ahli orkestra dalam konsert ini," kata Joey BPR, vokalis kumpulan itu kepada mStar Online.

BPR dianggotai Joey BPR (vokalis), Awang BPR (gitaris pertama) yang juga ketua BPR, Malio BPR (gitaris kedua dan kibodis - pemain keyboard), Din BPR (pemain dram) dan Shawn BPR (Bassist).

Konsert Balada bakal bermula dari 8:30 malam dan bertempat di Auditorium DBKL pada hari berkenaan.

Pas masuk percuma boleh diperoleh pada hari yang sama bermula pada pukul 6 petang di pintu masuk utama Auditorium DBKL.

Selain BPR, artis-artis jemputan yang akan membuat persembahan terdiri daripada Aswad AF5, Nas Adilah dan Mac Ruhayu.

Joey memberitahu, BPR sangat sesuai membawakan rock balada kerana kumpulan itu mempunyai lagu seperti 'Aroskudiyati', 'Akuriaserangga', 'Adiyasediamata' yang banyak menggunakan orkestra dalam susunan muzik.

Rock ini katanya sebenarnya umum. "Rock ini ada rock balada. Kebetulan konsert ini adalah rock balada. Balada ini pula ada jenis power, sentimental dan klasik.

"Dan kali ini kita dapat real orkestra. Peluang ini tidak kami sia-siakan untuk memberikan nafas baru dalam persembahan kami," katanya.

Malah, rakan band, Awang menyifatkan persembahan rock ala-orkestra nanti bukan suatu yang baru.

"Kumpulan Metallica dan Scorpion pernah membuat persembahan dengan orkestra," katanya.

Sementara itu, kumpulan BPR berharap mengeluarkan album tidak lama lagi. Mereka juga ingin membuat roadshow ke seluruh negara.

Artikel Lain