suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jennifer Lopez Gubah Lagu Untuk Anak Kembar

PENYANYI dan aktres Jennifer Lopez membuktikan kasih sayangnya terhadap anak kembarnya dengan menggubah sebuah lagu khas untuk anak kecil berusia dua tahun itu.

Lagu balada berjudul Love? itu menjadi lagu hit di rumahnya namun ratu R&B itu masih belum memutuskan sama ada untuk memuatkan lagu itu di dalam album terbarunya.

"Saya telah menggubah sebuah lagu khas untuk anak kembar saya tapi saya masih tidak pasti sama ada untuk memuatkan lagu tersebut di dalam album terbaru atau tidak.

"Lagu itu akan diberi tajuk Love? kerana ia sebuah topik yang sangat mengasyikkan dan tema cinta sentiasa dimuatkan dalam kesemua album saya sebelum ini.

"Yang peliknya, saya masih lagi keliru bila membicarakan tentang cinta. Apa pun, saya akan mengupas topik itu dengan lebih mendalam dalam album ini berbanding album-album terdahulu," kata Lopez yang dipetik sebagai berkata laman web femalefirst.co.uk.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain