suria

Jake Gyllenhaal Ingin Tambat Hati Reese Semula

Jake Gyllenhaal dikatakan amat bersungguh-sungguh untuk menawan semula hati bekas kekasihnya, Reese Witherspoon - foto AP

JAKE Gyllenhaal dikatakan amat bersungguh-sungguh untuk menawan semula hati bekas kekasihnya, Reese Witherspoon.

Menurut laporan majalah In Touch Weekly, aktor itu telah membelikan Witherspoon hadiah-hadiah yang mahal dengan harapan agar aktres tersebut akan menerimanya semula.

Pasangan itu sebelum ini dilaporkan berpisah kerana Witherspoon enggan berkahwin.

"Jake ingin mengahwininya, tetapi Reese tidak mahu memikirkan lagi tentang perkahwinan. Reese gembira dengan hidupnya sekarang," kata sumber.

Artikel Lain