suria

Amitabh Ucap Selamat Tahun Baru Pada Peminat

AKTOR popular Bollywood, Amitabh Bachchan mengucapkan selamat tahun baru kepada semua peminat dan pembikin filem di seluruh dunia.

Dia dalam blognya menulis, berharap mereka melalui sepanjang tahun 2010 ini dengan penuh kegembiraan dan kebahagian.

"Saya ucapkan kepada semua golongan umur sama ada muda atau lebih tua daripada saya, semoga anda sentiasa dirahmati," ujar Amitabh.

Pelakon filem Paa ini memberitahu tahun 2009 berlalu dengan penuh kejutan, disanjung tinggi oleh pengkritik dan peminat filem. Itu merupakan pencapaian terbaiknya untuk tahun lepas.

"Tahun 2010 akan diwarnakan dengan harapan dan azam, semoga tahun ini akan menguatkan lagi industri hiburan untuk masa akan datang dan memberi peluang kepada kita mengecap realiti," ujar aktor tersebut.

Amitabh merupakan pemenang Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Screen dalam filem Paa dan filem tersebut turut merangkul 10 anugerah yang lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain