suria

Dituduh Curang, Suami Bela Melly Goeslow

SUAMI Melly Goeslaw, Anto Hoed berasa geram apabila mengetahui isterinya dituduh curang dengan seorang anggota polis.

Anto berkata dia lebih mengenali siapa isterinya, "Melly itu bukan jenis yang suka berfoya-foya dengan suami orang," kata Anto.

Pada awalnya Anto mengetahui tuduhan penyanyi yang sedang popular menerusi lagu Ketika Cinta Bertasbih itu curang menerusi televisyen dan menganggap tuduhan itu tidak berasas.

Anto berkata, dia terus bertanya kepada Melly tentang berita itu. Melly mengaku ketika itu dia sedang mengunjungi sebuah salon, namun bukan berduaan dengan seorang polis.

"Melly ada bukti, saat itu dia ditemani kawannya bernama Nurul. Jangan tahu cakap saja. Mana faktanya," kata Anto kelmarin.

Sepanjang 15 tahun menikahi isterinya, Anto berkata, Melly suka bercerita aktiviti hariannya. Jadi, mereka sangat terganggu apabila mendengar berita kecurangan itu.

"Saya sangat terganggu dengan berita ini sehingga tidak tidur beberapa hari ini. Melly bukan perempuan yang mudah mesra dengan orang lain. Saya sangat mengenalinya kerana semua yang dilakukan akan diceritakan kepada saya,” komennya lagi.

Anto menegaskan dia tidak mahu hal ini diperbesarkan dan belum merancang untuk membuat laporan kepada pihak polis terhadap perempuan yang menyebarkan isu curang Melly iaitu Masnawati atau Wati.

”Tak perlulah, kita tengok dulu siapa perempuan itu,” katanya. Wati, ibu beranak tiga ini mengaku isteri Anto Hoed itu menjadi penyebab penceraiannya dengan Enjang Hasan Kurnia.

Ini kerana ketika Enjang masih bergelar suaminya, lelaki itu sering mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) romantik kepada Melly.

Wati menegaskan dia tidak takut sekiranya isu ini dilaporkan kepada pihak polis sebaliknya mendesak Melly mengaku ‘drama curang’ itu.

Wati berkata, dia pernah memberi amaran kepada Melly agar berhenti daripada memikat suaminya. Namun usaha itu hanya sia-sia apabila Melly meneruskan hubungan terlarang itu.

Sebelum bercerai, Wati dituduh berlaku curang dan pernah dipukul oleh suami yang dinikahinya selama 12 tahun itu.

Dengan menghebahkan isu curang itu, Wati berharap Melly mengakui kesalahannya dan dirinya mendapat hak penjagaan ketiga-tiga anak itu.

Daripada pengakuannya, Wati memang tidak mempunyai bukti yang cukup untuk mengatakan suaminya curang dengan Melly. Dia menduga suaminya curang berdasarkan SMS lelaki itu dengan Melly. Wati juga tidak takut jika tuduhannya itu berakhir di meja pengadilan.

Menurut maklumat dari Suruhanjaya Polis Indonesia, Enjang Hasan Kurnia pernah bertugas di Markas Besar Polis Republik Indonesia. Sekarang Enjang bertugas di Polda Jawa Barat sebagai Ketua Bahagian Pengendali Peronel Biro Personel Polda Jabar.

Artikel Lain