suria

Aamir Jemput 24 Teman Istimewa Tayangan ‘3 Idiots’

PELAKON popular Bollywood, Aamir Khan menjemput 24 rakan yang baru dikenalinya ketika dua minggu promosi jelajah negara dan menjemput kesemua mereka menghadiri tayangan filem terbarunya iaitu '3 Idiots'.

"Di mana sahaja saya pergi, saya akan mendapat rakan baru dan saya pasti akan menjemput mereka untuk tayangan filem terbaru saya, mereka juga sudah mengesahkan kehadiran.

"Mereka adalah 24 orang yang saya jemput secara peribadi, saya bertemu mereka di Uttar Pradesh, Gujarat, Madhya Pradesh, Tamil Nadu dan Punjab. Mereka semua adalah kawan istimewa saya," kata Amir

Kata Aamir, penerbit Vidhu Vinod Chopra akan mengaturkan semua jemputan istimewa tersebut.

"Mareka akan ditempatkan di Hotel Taj Land End. Bilik dan kereta sudah disediakan untuk mereka semua," kata Aamir.

Filem arahan Rajkumar Hirani itu yang akan ditayangkan pada Jumaat ini, turut dibintangi oleh Kareena Kapoor, Sharman Joshi dan R. Madhavan.

Artikel Lain