AC Mizal Dibenar Tarik Balik Permohonan Hak Penjagaan Anak - Hiburan | mStar

AC Mizal Dibenar Tarik Balik Permohonan Hak Penjagaan Anak

AC Mizal menarik balik permohonan hak penjagaan anak kerana komitmen terhadap kerjaya.
AC Mizal menarik balik permohonan hak penjagaan anak kerana komitmen terhadap kerjaya.

SHAH ALAM: Pelakon dan hos Akademi Fantasia, AC Mizal hari ini menarik balik permohonan hak penjagaan anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohamad membenarkan permohonan itu selepas peguam AC, Siti Aishah Din menyatakan anak guamnya tidak boleh memberikan komitmen untuk ke mahkamah berikutan sibuk dengan kerjayanya.

Peguam Syarie, Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal ketika ditemui di luar mahkamah berkata, anak guamnya tidak mahu kes ini memberi masalah kepada semua pihak jika dia tidak memberi komitmen untuk hadir ke mahkamah.

"Sepatutnya prosiding bermula hari ini, tapi AC tarik balik permohonan ini atas sebab kerja dan komitmen untuk datang ke mahkamah.

"Kita tidak mahu nanti ia menjadi masalah kepada pihak mahkamah dan pihak-pihak lain.

"Kami akan tumpukan kes di Kajang iaitu perbicaraan permohonan bekas isterinya, Shafnie bagi mengubah perintah nafkah anak-anak," katanya.

Bagaimanapun, AC Mizal yang juga merupakan pelakon teater paling top tahun ini, "Cuci The Musical" dan Shafnie Zainudin tidak hadir dalam prosiding yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Pada Disember tahun lalu, AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini selaku plaintif telah mengemukakan permohonan untuk mengubah perintah hak penjagaan.

AC Mizal dan Shafnie telah bernikah pada 24 Jun 1995 sebelum bercerai talak satu pada 17 Oktober 2001. Pasangan itu mempunyai dua anak iaitu Muhammad Shafiq Iman, 12, dan Muhammad Shabil Iman, 9.

Artikel Sebelum

Tania Hudson Tidak Mahu Dibayangi Natasha

Artikel Berikut

Anak Beri Panduan Fesyen Pada Kate Moss

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain