suria

Anak Beri Panduan Fesyen Pada Kate Moss

SUPERMODEL terkenal, Kate Moss akui dia sering mengambil panduan berkenaan fesyen daripada anak perempuannya, Lila Grace.

Pengetahuan anaknya yang baru berusia tujuh tahun tentang fesyen memang amat mengejutkan Moss. Namun, model itu akui gembira dengan nasihat yang diberikan oleh Grace.

"Lila sudah pun ada koleksi beg tangannya sendiri. Adakalanya dia akan cakap, 'saya tidak akan pakai benda itu lagi'.

"Saya jarang pergi membeli-belah tanpa membawanya. Dia akan beritahu saya apa yang dia tidak sukai atau dia akan cakap, 'kamu nak cantik' dan 'baju itu menarik'," kata Moss.

Artikel Sebelum

Artikel Lain