suria

Avatar Filem Terhebat Dan Terlaris 2009

Barisan pelakon iaitu Zoe Saldana, (kiri) Sigourney Weaver, dan Michelle Rodriguez ketika malam gala tayangan filem 'Avatar'.

FILEM Avatar paling mengesankan dan terhebat pada 2009. Karya luar biasa James Cameron, pengarah yang pernah menghasilkan Titanic sebelum, menjuarai tangga filem terlaris dunia.

Filem genre sains-epik ini juga berada di tangga teratas di Australia dengan meraih keuntungan sebanyak USD 12 juta, meninggalkan 9 filem lain jauh di belakang.

Menyusul di belakang Avatar ialah The Twilight Saga: New Moon (USD 963.70), Cloudy With A Chance of Meatballs (USD 793.20), Paranormal Activity USD 749.26, Where The Wild Things Are USD 692.380, Planet 51 USD 580.40, 2012 USD 411.443, Zombieland USD 274.56, The Invention of Lying USD208.465 dan The Informant! USD 163.38.

Di Amerika Syarikat, filem Avatar mendominasi carta dan meraih pulangan yang menakjubkan, dengan pendapatan USD 241 juta. Menurut laporan varierty.com, Rusia meraih USD 20,8 juta, diikuti Perancis USD 20.3 juta di Perancis dan Britain dengan USD 14.1 juta.

Ini diikuti dengan Korea Selatan USD 11.4 juta, Sepanyol USD 10.9 juta dan India USD 4.7 juta.

Artikel Sebelum

Artikel Lain