suria

Rahsia Rozita Che Wan berbadan montok

Rozita Che Wan ketika sidang media Anugerah Skrin 2009, Selasa lalu. -foto The Star oleh RICKY LAI
Rozita Che Wan ketika sidang media Anugerah Skrin 2009, Selasa lalu. -foto The Star oleh RICKY LAI
Rozita Che Wan ketika sidang media Anugerah Skrin 2009, Selasa lalu. -foto The Star oleh RICKY LAI

RAMAI wanita yang mengidamkan untuk mempunyai bentuk badan montok dan seksi seperti pelakon dan model Rozita Che Wan.

Bukan mudah untuk berbadan cantik dan ramping sepertinya lebih-lebih lagi dia merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang anak.

Pelakon yang pernah digosipkan dengan beberapa VIP dan ‘public figure’ ini bagaimanapun hanya tersenyum apabila disoal tentang rahsianya berbadan mantap.

“Ye ke badan saya montok? Siapa yang cakap? Ikutkan saya tiada apa-apa rahsia untuk memiliki badan seperti ini.

“Cuma saya menjaga makan dan melakukan senaman ringan apabila ada masa lapang,” kata pelakon drama dan filem ini.

Antara drama dan filem lakonannya adalah ‘Susuk 2’, Diari Ramadhan Rafique’, ‘Puteri Aurora Beradu’, ‘Kuih Goyang Seha’, ‘Jangan Tegur’ dan ‘Sifu & Tongga’.

Mengenai penjagaan muka pula, Rozita yang pernah digosipkan dengan pelakon Zizan Nin dan pemain bola Selangor dan kebangsaan, Asrarudin Putra Omar ini berkata dia hanya mengekalkan penjagaan kulit mukanya melalui produk Garnier Age Lift.

Rozita yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah pada Hari Raya Puasa lalu akui walaupun dirinya dikaitkan dengan mana-mana individu namun masih belum ada yang bertakhta di hatinya.

“Memang saya ada mendoakan tentang calon suami tetapi sehingga sekarang saya belum menjumpai sesiapa.

“Tentang gosip kata saya pergi rumah Asrarudin semasa Hari Raya lepas pun tak betul sebab kami hanya kawan biasa.

“Dengan ahli perniagaan pun tiada apa-apa..,” katanya yang murah dengan senyuman.

Menyentuh sedikit tentang pengalaman Rozita di sana, dia mengaku sering memakai hijab sepanjang melakukan umrah.

Penjelasan Rozita sekaligus menafikan cakap-cakap belakang mengatakan dia memakai hijab untuk menutup wajahnya yang pucat tanpa mekap.

“Saya memakai hijab untuk mengelakkan diri dari penyakit H1N1. Daripada saya memakai topeng, lebih baik saya tutup hidup dan mulut saya dengan hijab terus,” jawabnya yang menantikan kemunculan telefilem ‘Tunjang Saadah’ yang akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 14 November ini dan ‘Hati Yang Terpinggir’ sempena Hari Aids Sedunia di TV2.

Dalam perkembangan yang lain, Rozita berkata kontraknya sebagai duta Avon dilanjutkan setahun lagi.

Artikel Lain