Anak-anak Anang-KD rasa terganggu dengan perhatian media - Hiburan | mStar

Anak-anak Anang-KD rasa terganggu dengan perhatian media

Diva tersohor Indonesia, Krisdayanti (KD) mendapat liputan meluas oleh pihak media.
Diva tersohor Indonesia, Krisdayanti (KD) mendapat liputan meluas oleh pihak media.

SEJAK kes perceraiannya dengan diva tersohor Indonesia, Krisdayanti (KD) mendapat liputan meluas oleh pihak media, Anang akui kehidupan peribadinya dan keluarga mula terganggu.

Anang kurang selesa apabila hampir setiap hari pihak wartawan menunggu di depan rumahnya.

Menurut Elsie Lontoh, peguam kepada KD dan Anang, perlakuan Anang sememangnya adalah wajar.

"Jika setiap hari rumahnya dipenuhi wartawan, lama-kelamaan mestilah menimbulkan kemarahan. Saya rasa Anang itu cukup penyabar. Pada dasarnya, dia kurang suka dengan perkara ini dan tidak mesra dengan media," ujar Elsie seperti yang dilaporkan di laman web Detik Hot.

Bukan saja Anang yang merasa terganggu, dua orang anak-anaknya Aurel dan Azriel juga menunjukkan tanda tidak selesa.

"Anak-anak juga mulai rasa terganggu," kata Elsie.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anang tidak suka publisiti sejak bercerai

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

PFA gantung jawatan presiden