suria

Brad Pitt, Oprah Winfrey antara tetamu White House

NAMA aktor kacak Brad Pitt telah tersenarai antara tetamu White House.

Menurut kenyataan sumber dari White House pada Jumaat lalu, bintang Hollywood itu merupakan salah seorang selebriti yang telah melawat White House sejak Presiden Barrack Obama mengambil alih tempat itu.

Sebenarnya, Brad telah dua kali membuat lawatan ke situ.

Pelakon, personaliti TV, penerbit majalah dan televisyen, Oprah Winfrey, penyokong setia Obama sepanjang kempen jawatan presidennya, juga telah muncul di White House.

Selebriti lain termasuklah pelakon George Clooney, pelakon dan pengarah Denzel Washington, pengarah Michael Moore dan bintang tenis Serena Williams.

Namun begitu, selebriti paling popular White House berkemungkinan lagenda bola keranjang Michael Jordan. Namanya telah tersenarai lapan kali dengan mengambilkira kedua-dua namanya iaitu Mike dan Michael- cukup untuk tertanya-tanya jika pemain terhebat NBA itu telah pergi bertemu secara bersendiri dengan presiden yang menggemari sukan bola keranjang itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain