suria

Chris Brown ada kekasih baru?

PENYANYI Chris Brown telah memiliki seorang teman wanita baru selepas berpisah dengan Rihanna.

Chris telah dilihat sedang berasrama dengan seorang celebriti program realiti, Natalie Nunn.

Walaupun Chris telah menyatakan perasaan cintanya secara terbuka untuk Rihanna menerusi Internet dan temu ramah bersamanya, penyanyi tersebut mengakui tidak akan berbaik semula dengan Rihanna dalam masa terdekat ini.

Malah, mahkamah juga telah memerintahkan Chris untuk menjauhi Rihanna sekurang-kurangnya 100 ela setelah dia memukul Rihanna secara ganas pada bulan yang Febuari lepas.

Menurut sebuah portal luar negara, sekarang Chris telah menemui cinta baru dalam hidupnya.

Chris sering dilihat sedang bersuka-ria bersama Natalie yang merupakan salah seorang peserta program realiti ‘The Bad Girls Club’.

Artikel Lain