suria

Tiara Jacquelina akan terbit teater ‘Juke Box Musical-Seasons of Love’

JADUAL Datin Tiara Jacquelina sangat padat untuk dua tahun akan datang.

Aktres filem Puteri Gunung Ledang ini juga berkata beliau akan menerbitkan sebuah teater muzikal ‘Juke Box Musical-Seasons of Love’ yang akan dipersembahkan di Star Hill pada 3 dan 4 Disember ini.

Sementara itu, menyentuh mengenai industri seni teater dalam negara, pelakon ini berkata seni teater boleh menjadi lebih baik.

“Saya pasti industri teater boleh berkembang maju sebagai sebuah industri dan ramai juga dapat menerima bidang baru ini dengan baik,” ujar Tiara selepas majlis pra-tonton ‘Media Prima Network Screenings 2010’ pada Jumaat lalu.

Pelakon ini tampak elegan dengan potongan rambut pendek dan gaun yang berwarna merah cerah pada majlis itu.

Sementara itu, beliau juga gembira teater ‘Cuci The Musical’ yang turut dibintangi oleh pelakon-pelakon yang pernah bekerjasama dengannya dalam menjayakan teater 'Puteri Gunung Ledang' pada tahun 2006.

“Saya menghantar mesej melalui ‘Twitter’ kepada semua rakan saya untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan teater ini,” jelas Tiara yang menonton teater tersebut pada hari Sabtu lepas.

Menurutnya lagi, teater-teater seumpama ini mampu menonjolkan lebih ramai lagi bakat baru dalam arena seni perfileman negara.

“Saya pasti teater muzikal seperti ini mampu menggalakkan lebih ramai peminat untuk menyaksikan teater dalam masa terdekat ini,” kata Tiara.

Beliau menambah, secara peribadi bidang seni teater ini memang sentiasa dekat dihatinya.

Penerbit dan penggiat teater terkenal ini juga merupakan ibu kepada dua orang anak.

Artikel Sebelum

Artikel Lain