suria

Kimberly Wyatt: Pussycat dolls akan terus kekal tanpa Nicole Scherzinger

Kumpulan popular Pussycat Dolls, dari kiri: Ashley Roberts, Jessica Sutta, Nicole Scherzinger, Kimberly Wyatt and Melody Thornton. foto THE STAR oleh AZMAN GHANI

SALAH seorang anggota kumpulan Pussycat Dolls, Kimberly Wyatt mengatakan hubungan ahli kumpulan itu dengan penyanyi utama Nicole Scherzinger kini hanya sekadar biasa dan bukan lagi seperti kawan.

Khabar angin bertiup kencang sejak kebelakangan ini mengatakan kumpulan tersebut akan berpecah selepas ahli yang lain tidak berpuas hati dan cemburu dengan peranan Nicole dalam kumpulan tersebut.

Kenyataan Kimberly yang terbaru menguatkan lagu spekulasi bahawa ahli kumpulan yang lain tidak boleh lagi bekerjasama dengan Nicole.

Menurutnya mereka lebih senang bekerja tanpa ada campurtangan penyanyi utama kumpulan itu.

"Saya boleh bergaul dengan ahli kumpulan lain tetapi tidak dengan Nicole.

"Saya cuma anggap dia sebagai rakan kerja dan bukan seorang kawan yang sebenar.

"Tiada masalah sekiranya Nicole ingin tinggalkan kumpulan ini, kumpulan Pussycat Dolls akan terus ada sampai bila-bila pun," kata Kimberly.

Artikel Lain