suria

Lindsay Lohan kelihatan seperti sudah berumur

Lindsay Lohan sebelum ini sudah tiga kali ke pusat rehabilitasi untuk membuang ketagihannya terhadap arak dan rokok. foto-AFP

AKTRES Hollywood Lindsay Lohan kini kelihatan seperti seorang wanita yang sudah berumur walaupun dia baru berusia 23 tahun.

Menurut pakar bedah kosmetik, Alex Karidis, ia disebabkan gaya hidup Lindsay yang dikatakan sering merokok dan minum minuman keras sejak kebelakangan ini.

"Dia kelihatan seperti 10 tahun lebih tua daripada usianya.

"Kedut yang terdapat di dahinya di sebabkan oleh gabungan beberapa faktor seperti, sinaran matahari, merokok, dan terlalu banyak minum minuman keras.

"Ia akan mengakibatkan penyahhidratan dan mempercepatkan proses penuaan kulit," kata Alex.

"Bagi sesetengah orang mereka berpendapat pada usia yang masih lagi muda, perkara seperti ini tidak akan berlaku.

"Tengoklah apa yang berlaku pada Lindsay sekarang, dia masih muda tetapi dia tidak kelihatan seperti yang sepatutnya.

"Dia masih boleh memulihkan kulitnya seperti sebelum ini, tapi Lindsay terlebih dahulu perlulah meninggalkan gaya hidupnya yang sering keluar ke parti itu," katanya lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain