suria

Samantha Burke lahirkan bayi perempuan Jude Law

Jude Law ketawa ketika berdiri di depan Kronborg Castle di Elsinore, utara Copenhagen pada 24 Ogos 2009. -Foto REUTERS

AKTOR Jude Law menjadi bapa buat kali keempat, selepas bekas teman wanitanya Samantha Burke melahirkan bayi perempuan.

Burke memberitahu dia dan bayi perempuannya berada dalam "keadaan sihat".

Bayi yang "cantik dan sihat" itu seberat 5lbs 12oz. Law dipercayai tidak hadir semasa Burke bersalin.

Aktres berusia 24 tahun itu hamil setelah berpacaran dengan Law yang juga bintang 'Sherlock Holmes' semasa penggambaran filem itu di New York.

Law mempunyai tiga orang anak bersama bekas isteri Sadie Frost - Rafferty, 12, Iris, lapan, dan Rudy, enam.

Law sedang terlibat dalam penggambaran 'Hamlet' oleh syarikat produksi Broadway.

"Jude Law boleh mengesahkan dia telah dimaklumkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata pada musim luruh tahun ini.

"Encik Law telah berhenti daripada mempunyai sebarang perhubungan dengan individu terbabit. Bagaimanapun, dia akan terus menyokong kehidupan kanak-kanak ini. Ini adalah perkara persendirian dan tiada kenyataan akan dikeluarkan," kata jurucakap Law.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain