suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beyonce realisasi impian gadis kanser

Beyonce Knowles berucap semasa pelancaran Hotel Disneyland di Urayasu, Tokyo pada 10 Ogos 2009. -Foto AFP
Beyonce Knowles berucap semasa pelancaran Hotel Disneyland di Urayasu, Tokyo pada 10 Ogos 2009. -Foto AFP
Beyonce Knowles berucap semasa pelancaran Hotel Disneyland di Urayasu, Tokyo pada 10 Ogos 2009. -Foto AFP

HARAPAN seorang gadis muda yang menghidapi leukemia adalah melihat idolanya, Beyonce menyanyikan lagu kepadanya di atas pentas.

Jumaat lalu (18 September 2009), penyanyi tersohor itu menjemputnya ke atas pentas di Sydney, Australia dan menyanyikan lagu 'HALO' kepada Chelsea.

Pelantun lagu 'The Crazy In Love' itu membuat persembahan di Arena Acer. Kegembiraan jelas terpancar di wajah Chelsea apabila Beyonce menyanyikan lagu tersebut.

Ini menyentuh perasaan sejumlah 21,000 penonton konsert itu terutama ketika Beyonce mendendangkan lirik 'I pray you won't fade away (saya doakan anda tidak meninggalkan kami)' berulang kali.

Selesainya nyanyian itu, Beyonce memeluk Chelsea erat-erat. Chelsea menyeka air mata kerana terlalu gembira dan meninggalkan pentas.

Artikel Lain