suria

Harrison Ford sedang dalam rundingan untuk 'Indiana Jones 5'

"Kalau semuanya berjalan lancar, saya tidak ada apa-apa masalah untuk berlakon lagi dalam 'Indiana Jones 5'." - Harrison Ford. - foto AFP
"Kalau semuanya berjalan lancar, saya tidak ada apa-apa masalah untuk berlakon lagi dalam 'Indiana Jones 5'." - Harrison Ford. - foto AFP

AKTOR Hollywood, Harrison Ford tidak kisah dengan faktor usianya. Dia kini dikatakan sedang dalam perbincangan untuk berlakon dalam sekuel filem 'Indiana Jones' yang kelima.

"Indiana Jones 5 sedang dalam proses untuk dihasilkan. Steven Spielberg, George Lucas dan saya sendiri sudah bersetuju mengenai jalan penceritaan sekuel filem itu.

"Kalau semuanya berjalan lancar, saya tidak ada apa-apa masalah untuk berlakon lagi dalam 'Indiana Jones 5'," katanya.

Harrison pertama kali berlakon karakter yang terkenal itu pada tahun 1991 bertajuk 'Indiana Jones and the Raiders of the Lost Ark'.

Artikel Lain