suria

John Mayer guna ciuman memperdaya paparazzi

Jennifer Aniston (kiri) dan John Mayer
Jennifer Aniston (kiri) dan John Mayer
Jennifer Aniston (kiri) dan John Mayer

AHLI muzik dari Amerika Syarikat, John Mayer dipercayai merayu puluhan gadis menciumnya sewaktu keluar waktu malam dengan kawan-kawannya pada 16 Mei lalu.

Mayer, 31, berpisah dengan aktres Jennifer Aniston, baru-baru ini. Ciuman tersebut meninggalkan tanda-tanda gincu merah pada wajahnya semasa berpesta malam di Los Angeles.

Terdahulu, dia dan kawannya kelihatan makan malam di Katsuya sebelum menuju ke kelab malam MyHouse. Mereka menari dengan alunan lagu hits seperti 'This is How We Do It' nyanyian Montell Jordan sehingga awal pagi.

Kemudian, dia mengaku dalam laman web Twitter bahawa insiden ciuman tersebut merupakan helah untuk memperdayakan paparazzi.

"Saya cuba untuk menyekat mereka mengambil foto dan bergurau. Berseronok. Senyum pada perkara yang merunsingkan anda. Ketawa," tambahnya.

Artikel Sebelum

Simon Cowell Mr Nasty?

Artikel Berikut

Artikel Lain