suria

Pertandingan akhir 'Lagu Untuk Ibuku' Suria FM Isnin ini

BERSEMPENA dengan Hari Ibu, Suria FM akan mengadakan pertandingan akhir 'Lagu Untuk Ibuku' pada Isnin ini bertempat di Studio V, Level 2 (Rainforest), One Utama New Wing.

Lima finalis akan berentap untuk membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM500 disamping baucer penginapan tiga hari dua malam di Hotel Renaissance Melaka.

Kuiz istimewa bagi memilih mereka yang layak ke final telah telah pun berlangsung di radio yang mana pendengar perlu mencipta lirik khas untuk ibu berkisarkan ‘minta duit namun ibu tak beri’ dan mereka perlu menyampaikannya menerusi irama lagu Stacy yang berjudul ‘Gagap’.

Stacy akan menyerikan acara ini dengan menjadi Juri Khas bagi menentukan pemenang disamping menghiburkan tetamu dengan persembahan istimewanya. Turut hadir barisan penyampai Suria Fm seperti Tuah, Zizi, Myra, Naim, Zaff, Akhtar, Bob Ringgo dan Lin. Keterangan lanjut layari www.suriafm.com.my

Sementara itu, Suria FM akan turut mengadakan acara 'Kempen Derma Darah Anjuran Suria FM Dan Pusat Darah Negara' bersempena Hari Jururawat pada 16 Mei( Sabtu) ini bermula pada pukul 1 tengahari hingga 5 ptg di Mydin Mall USJ.

Ia akan turut dimeriahkan dengan cabaran diantara krew Breakfast@Suria, Tuah dan Zizi dalam mendapatkan sebanyak mungkin penyertaan dari orang ramai. Turut hadir barisan penyampai Suria Fm dan selebriti.

Artikel Lain