suria

'Cinta kilat' Geri Halliwell yang terbaru

Awal March lalu, Geri membuat pengumuman yang dia sudah putus tunang dengan tycoon Fabrizio Politi
Awal March lalu, Geri membuat pengumuman yang dia sudah putus tunang dengan tycoon Fabrizio Politi
Awal March lalu, Geri membuat pengumuman yang dia sudah putus tunang dengan tycoon Fabrizio Politi

KUCUPAN hangat selalu menandakan seorang itu sedang hangat bercinta. Mungkinkah itu yang sedang dialami oleh bekas anggota kumpulan Spice Girls, Geri Halliwell?

Geri jarang dikaitkan dengan teman lelaki sejak dewasa ini. Tapi foto terbaru yang dirakamkan memaparkan dia sedang bercumbuan dengan kekasih barunya, seorang aristokrat bernama Henry Beckwith.

Pasangan ini baru dikaitkan sejak dua bulan lepas. Foto terbaru itu memperlihatkan kemesraan yang terjalin antara Henry, Geri dan anak perempuan Geri yang berusia dua bulan iaitu Bluebell.

Pasangan ini nampak sungguh gembira bersama. Mungkinkah Geri sedang mencari pengganti ayah Bluebell?

Awal March lalu, Geri membuat pengumuman yang dia sudah putus tunang dengan tycoon Fabrizio Politi.

Politi dan Geri berjumpa pada Disember tahun lepas dan hanya setelah bersama beberapa minggu, mereka telah membuat pengumuman akan bertunang.

Setelah Politi, Geri dikaitkan pula dengan tuan punya kelab malam di London, Nick House.

Kisah cinta penyanyi berusia 36 tahun yang paling hebat setakat ini adalah bersama penari Amerika, Ivan 'Flipz' Velez yang ditemuinya sewaktu 'Spice Girls' reunion. Inilah kisah cintanya yang paling panjang.

Kisah cintanya yang paling singkat pula adalah dengan ayah Bluebell pada tahun 2006. Cinta kilat Geri itu tercetus bersama penulis skrip Sacha Gervasi, yang berusia 41 tahun.

Artikel Lain