suria

Jay-Z ingin bantu Winehouse

Jay-Z dilaporkan ingin membantu Winehouse mengadunkan album solo hit bertajuk `Rehab' yang mencapai kejayaan cemerlang di Amerika Syarikat.

PENYANYI bermasalah British, Amy Winehouse yang 'menderita' di studio ekoran gagal menghabiskan album ketiganya selama beberapa bulan sedang mendapatkan bantuan raja hip-hop, Jay-Z.

Jay-Z tampaknya memahami betapa besarnya tugasan itu dan ingin membantu Winehouse.

Terdahulu, sebuah laporan berkata Jay-Z ingin membantu penyanyi bermasalah itu mengadunkan album solo hit bertajuk `Rehab' yang mencapai kejayaan cemerlang di Amerika Syarikat.

Jay-Z berkata: "Amy mempunyai suara yang lantang, tersendiri dan lunak. Moga-moga, kami dapat bekerjasama pada masa depan dan bekerja pada bahan baru - saya suka bekerjasama dengannya lagi."

Penerbit rancangan terkenal, Mark Ronson yang pernah bekerja dengan Winehouse dalam album sebelum ini juga akan membantu penyanyi itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain