suria

TV drama popular 'MacGyver' akan ke layar perak

Populariti siri TV MacGyver disebut-sebut hingga kini.
Populariti siri TV MacGyver disebut-sebut hingga kini.
Populariti siri TV MacGyver disebut-sebut hingga kini.

SIRI TV popular yang berteraskan kembara dan sains, "MacGyver" akan diberi nafas baru dan akan dijadikan sebuah filem untuk syarikat produksi New Line.

"MacGyver" yang disiarkan dari 1985 hingga ke 1992 di ABC dibintangi oleh Richard Dean Anderson yang juga dikenali melalui popualriti drama "Stargate: Atlantis " dan "SG-1."

MacGyver, hero kesayangan ramai yang menjadi ejen rahsia dari Phoenix Foundation selalunya akan dapat melepaskan diri dari keadaan yang sukar dan membahayakan.

Watak MacGyver menjadi ebgitu popular sehingga menjadi panduan untuk watak-watak serupa itu di produksi lain hinggakan slot 'Saturday Night Live" mengambil konsep itu dan membawanya ke satu level baru dengan spuf "MacGruber" yang dibintangi Will Forte .

Raffaella De Laurentiis, anak perempuan kepada produser veteran Dino De Laurentiis, akan menerbitkan filem 'MacGyver' ini di bawah Raffaella Prods. bersama Martha De Laurentiis dan Lee Zlotoff. Dino De Laurentiis pula bertindak sebagai produser eksekutif.

Walau bagaimanapun tiada penulis skrip yang telah dilantik dan pihak studio berharap penghasilan filem ini akan mengekalkan konsep kembara dan sains yang menjadi asas kejayaan siri ini.

Artikel Lain