suria

'Forest Gump' cuba dapat cintanya dalam ToGetHer di 8TV

Drama komedi romantik ini dibintangi oleh bintang terkenal Taiwan Rainie Yang (Momo), Jiro Wang (Mars) dan George Hu (Chia Sen).
Drama komedi romantik ini dibintangi oleh bintang terkenal Taiwan Rainie Yang (Momo), Jiro Wang (Mars) dan George Hu (Chia Sen).
Drama komedi romantik ini dibintangi oleh bintang terkenal Taiwan Rainie Yang (Momo), Jiro Wang (Mars) dan George Hu (Chia Sen).

8TV kembali dengan sebuah lagi drama bersiri yang cukup popular dari Taiwan – ToGetHer. Drama komedi romantik ini dibintangi oleh bintang terkenal Taiwan Rainie Yang (Momo), Jiro Wang (Mars) dan George Hu (Chia Sen). ToGetHer akan mula bersiaran pada setiap Sabtu, 7 Mac 2009 jam 6.30 petang hanya di 8TV!

Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim berkata, “Kami hanya menyajikan yang terbaik dari 8TV dan drama ToGetHer yang dibintangi oleh Rainie Yang ini merupakan sebuah drama yang cukup popular di Taiwan. Saya percaya siri ini akan mendapat sambutan hangat dari penonton!”

Momo merupakan seorang gadis manis yang kurang gemar berfesyen. Idolanya ialah “Casaba the Alien Prince”, iaitu satu watak dari sebuah komik yang telah dibaca sejak kecil.

Beliau yang sentiasa hidup dalam dunianya sendiri dan tidak mempunyai ramai kawan berharap suatu hari nanti si putera akan datang membawanya ke tempat pergi dan mereka akan hidup bahagia selamanya.

Momo yang telah kematian ibu bapa tinggal bersama kakaknya ChuChu. Malang bagi Momo kerana ChuChu seorang yang pemalas dan dia terpaksa menguruskan kehidupan ChuChu.

Kerana tidak suka bergaul, Momo hanya mempunyai seorang kawan di sekolah bernama Chia-Sen. Chia-Sen merupakan seorang atlit yang bukan sahaja kacak malah pewaris harta kepada seorang ahli perniagaan terkenal.

Walaupun Chia-Sen kelihatan seperti seorang lelaki normal, namun beliau mempunyai IQ yang begitu rendah seperti budak yang berusia lapan tahun dan kerana itu beliau digelar “Forrest Gump”. Chia-Sen begitu mengambil berat terhadap Momo dah berharap persahabatan mereka akan berkekalan sampai bila-bila.

Semuanya berjalan lancar sehinggalah suatu hari Mars datang dalam kehidupan Momo. Buat pertama kalinya Chia-Sen berasa cukup cemburu dan marah.

Mars merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang cukup berbakat. Album pertama Mars sukses di pasaran dan menjadikannya salah seorang selebriti terkenal. Namun popularitinya mula menurun setelah beberapa cerita yang kurang enak tentangnya tersebar di akhbar.

Agen yang menguruskan Mars terpaksa membekukan kontrak beliau dan memberitahu pihak media Mars pergi melanjutkan pelajaran. Kerana tidak mempunyai sumber pendapatan, Mars terpaksa keluar dari rumah dan berpindah menyewa bilik dengan Momo.

Setelah beberapa ketika menjadi teman sebilik, Momo mula menyimpan perasaan terhadap Mars. Adakah si selebriti dan si anti-sosial ini berjaya menyulam cinta mereka?

Apakah yang akan dilakukan oleh “Forest Gump” bagi mendapatkan cinta beliau semula?

Untuk mengetahui kesudahan cerita ini, jangan lupa untuk menonton ToGetHer di 8TV setiap Sabtu bermula 7 Mac 2009 jam 6.30 petang. Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran 708 Astro.

Artikel Lain