suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Malaysia boleh jadi wartawan di U-Wartawan

MULAI malam tadi, Astro Awani telah menyajikan sebuah lagi program menarik tentang program Kewartawanan Awam yang dinamakan U-Wartawan.

U-Wartawan, yang bersiaran di dalam Bahasa Malaysia, ialah rancangan ehwal semasa interaktif yang memberikan penonton peluang membabitkan diri dalam laporan berita menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.

Program ini yang dikendalikan oleh Nazri Kahar, akan mendapatkan berita serta pandangan dari orang awam dan blogger setiap hari berkaitan topik penting mengenai masyarakat dan negara.

Nazri, yang pernah menjadi hos program perbincangan Astro Awani seperti Perspektif Kita dan Analisis Awani, akan disertai seorang tetamu di studio untuk membincangkan topik pilihan secara mendalam menerusi program yang disiarkan pada 10 malam dari Isnin hingga Jumaat.

"Dengan kemajuan teknologi, wartawan tidak professional di kalangan masyarakat awam, penonton kami dan pemikir boleh memberikan laporan.

"Bersama wartawan terlatih kami, mereka dapat membantu warga Malaysia melihat sesuatu laporan dari sudut berbeza," ujar Pengurus Besar Astro Awani, Rozina Aziz.

Mereka yang berminat menjadi Wartawan Awam boleh menghantar laporan tentang topik pilihan dalam pelbagai cara iaitu melalui blog, emel, facebook, SMS, MMS dan video.

Artikel Lain