Mawi-Ekin cipta sejarah tunggang kuda di hari perkahwinan - Hiburan | mStar

Mawi-Ekin cipta sejarah tunggang kuda di hari perkahwinan

Majlis perkahwinan juara AF3, Mawi-Ekin terus dapat liputan meluas media di negara ini.Foto The Star Oleh: AZMAN GHANI.
Majlis perkahwinan juara AF3, Mawi-Ekin terus dapat liputan meluas media di negara ini.Foto The Star Oleh: AZMAN GHANI.

MEMANG tuah badan bergelar selebriti popular, Asmawi Ani kerana tanpa dipinta banyak pihak yang sudi menaja majlis perkahwinan juara AF 3 ini.

Dari majlis pernikahan pada 20 Disember lalu hingga lah kemuncak majlis persandingan ketiga yang akan berlangsung pada 11 Januari ini di Palace of The Golden Horses di Seri Kembangan ini pihak media rata-rata sibuk membuat liputan sepanjang berlangsungnya majlis yang digelar ’Wedding Of The Year’ itu.

Ahad ini akan menyaksikan satu lagi sejarah bakal tercipta apabila kedua mempelai, Mawi dan Ekin bakal menunggang kuda diarak dari perkarangan hotel menuju ke dewan tempat persandingan mereka.

Difahamkan terdapat beberapa lagi gimik yang disusun oleh pihak hotel akan bakal memberi kejutan antaranya acara menaiki kapal akan turut berlangsung pada majlis persandingan Raja SMS ini.

Pada majlis resepsi Ahad ini, Mawi dan Ekin akan menyarung busana rekaan, pereka terkenal negara, Rizalman Ibrahim.

Rizalman telah diberi kepercayaan sepenuhnya untuk mereka fesyen pakaian ala-Arab untuk majlis persandingan di hotel terkemuka, Palace of the Golden Horses.

Ibaratnya, malam persandingan itu nanti, Mawi umpama seorang pemerintah sari Tanah arab dan juga permaisurinya hadir ke majlis gilang-gemilang.

Lebih istimewa syarikat tekstil terkemuka di negara ini, Jakel Trading menaja sepenuhnya bagi busana yang bakal digayakan merpati dua sejoli ini pada majlis tersebut.

Jakel menaja kain jenis Valentino yang dibawa khas daripada Itali, di man kain tersebut dibawakan khas untuk Mawi dan Ekin sahaja.

Semeter kain baju pengantin Ekin berharga RM15ribu dan harga sepasang enam meter jumlahnya adalah RM60ribu.

Menurut Pengarah Pemasaran, Jakel Kuala Lumpur, Azlan Abu Bakar, bagi upacara memotog kek, Jakel sekali lagi berbesar hati menaja kain bagi kedua mempelai.

Bagi upacara tersebut Ekin bakal menggayakan busana rekaan terkenal dari Indonesia, Yamin. Baju tersebut menggunakan fabrik Lace Marco Lagatolla Italian Beaded Swarosky dengan kombinasi Crepe Morrocan Italian Harvey beserta Satin Shamus Rivoli French Chiffon yang bernilai RM65,000.

Sementara Mawi bakal memakai sut rekaan dari pereka terkenal Bon Zainal, denga kain jenis, Italian Linen Emernegzildo Zegna dan Dutches Satin Valentino yang bernilai RM15,000.

Mawi dan Ekin akan disandingkan buat kali ketiga di Palace of The Golden Horses pada 11 Januari ini dengan mengetengahkan konsep ‘Timur Tengah’.

Dijangka 1500 tetamu VVIP dan rakan artis akan hadir pada majlis resepsi gilang-gemilang pasangan selebriti ini yang akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) bermula pada jam 7:30 malam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nora Danish dapat bayi lelaki

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain