suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syarikat pengurusan tetapkan berat badan, Soyou Sistar pengsan di tepi jalan sebab diet ekstrem

Soyou kini selesa dengan berat badannya.

DEMI menjadi penyanyi terkenal, ahli kumpulan Sistar iaitu Soyou sanggup berlapar untuk mendapatkan berat badan yang ditetapkan syarikat pengurusannya.

Menurut Soyou, dia pernah pengsan di pinggir jalan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara melakukan diet secara ekstrem.

Katanya, pihak syarikat pengurusan menetapkan berat badannya perlu 48 kilogram sekiranya mahu kariernya dilancarkan.

soyou1

Soyou akhirnya berjaya jadi bintang terkenal.

"Saya pernah pengsan di tepi jalan sehingga orang asing membawa saya ke hospital.

"Saya terpaksa dimasukkan air tapi ketika itu saya tetap bimbang sekiranya berat badan saya akan bertambah dengan rawatan diterima.

"Ketika itu saya terlalu mengejar populariti dan kami sangat sibuk. Rasanya saya melakukan lebih 50 cara dalam sebulan untuk kurus," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dipanggil Hodoh, Soyou (Sistar) Mengaku Buat Pembedahan Plastik

ARTIKEL BERKAITAN: Soyou (Sistar) Kongsi Rahsia Kurus

Soyou berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu rancangan Body Documentary.

Bukan itu sahaja, dia juga pernah menolak pelawaan ibu rakannya untuk memakan sepotong tembaiki gara-gara bimbang berat badannya bertambah.

Jelasnya, ketika itu dia terpaksa menolak sehingga menangis kerana bimbang perasaan rakannya.

soyou 11

Soyou menangis kerana tak mahu makan tembikai.

"Saya pernah ke rumah kawan dan ibunya memotong tembikai untuk saya. Kawan saya juga menyarankan untuk saya merasa hanya sepotong tembikai.

"Tapi saya menangis kerana saya tidak boleh makan walaupun sepotong," ujarnya.

Rancangan Body Documentary memaparkan perkongsian dari penyanyi tentang masalah berat badan dan amalan diet tidak sihat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain