suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angelina Jolie dan Brad Pitt akhirnya sah bercerai selepas 8 tahun berpisah

Angelina dan Pitt akhirnya capai kata sepakat.

KEMELUT lapan tahun pasangan selebriti Angelina Jolie dab Brad Pitt akhirnya menemui noktah apabila pasangan berkenaan sah bercerai.

Memetik laporan TMZ, pasangan tersebut bersetuju menandatangi surat penceraian pada 30 Disember lalu.

Menurut peguam Angelina, aktres itu meluahkan rasa lega apabila mereka berjaya menyelesaikan proses penceraian mereka.

Angelina hadir ke mahkamah bersama anak-anaknya.

Angelina hadir ke mahkamah bersama anak-anaknya.

"Angelina keletihan namun lega," katanya ringkas.

Walaupun penceraian mereka sudah selesai namun pasangan ini masih berdepan dengan masalah lain seperti pembahagian harta sepencarian.

Mereka dikatakan masih lagi berebut aset bernilai RM277 juta serta ladang anggur yang terletak di Perancis.

ARTIKEL BERKAITAN: Angelina Jolie tak suka tinggal di Los Angeles, bercadang pindah Kemboja... “Hollywood bukan tempat sihat”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa anak-anak buang nama keluarga, Brad Pitt mahu bina hidup baharu dengan kekasih

Untuk rekod, Angelina memfailkan penceraian terhadap Pitt pada 2016 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini memiliki enam orang cahaya mata iaitu Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Vivienne dan Knox.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain