suria

Dipanggil Hodoh, Soyou (Sistar) Mengaku Buat Pembedahan Plastik

Soyou daripada kumpulan SISTAR mengaku melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya.

PENYANYI Soyou daripada kumpulan SISTAR mengejutkan peminat apabila mengakui melakukan pembedahan plastik pada wajahnya untuk kelihatan lebih jelita.

Koreaboo melaporkan Soyou mengambil keputusan itu kerana keyakinan dirinya menurun disebabkan sering menerima kritikan daripada peminat di laman sosial berhubung penampilannya sehingga ada yang menggelarnya hodoh.

Soyou membuat pengakuan itu ketika muncul menerusi program MBC Radio Star pada Rabu lalu.

"Saya mengambil keputusan berjumpa dengan pakar doktor pembedahan plastik selepas keyakinan diri saya menurun disebabkan oleh kritikan peminat terhadap penampilan dan wajah saya.

"Ia menyakitkan apabila ada orang bercakap mengenai rupa paras saya dan kerana itulah saya lakukan pembedahan untuk tampil lebih jelita," katanya.

Bagaimanapun kata Soyou, dia hanya membuat pembedahan di bahagian hidungnya sahaja.

Soyou, SISTAR

Artikel Lain