suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Soyou (Sistar) Kongsi Rahsia Kurus

Soyou pernah kehilangan lapan kilogram dalam masa satu bulan. Foto: Allkpop

AHLI kumpulan Sistar iaitu Soyou berkongsi rahsia mengenai penjagaan dan rutin mengekalkan tubuh langsing.

Menurut Soyou, dia pernah berdiet secara ekstrem dalam usaha memiliki bentuk tubuh menawan dan seksi.

Menerusi program televisyen Soyou X Hani's Beauty View, penyanyi berusia 25 tahun ini mendedahkan rutin yang dilakukan sepanjang proses tersebut.

"Saya kehilangan berat badan hampir lapan kilogram dalam masa satu bulan. Rahsianya jangan makan terlalu banyak.

"Kebiasaannya, saya hanya makan empat biji telur puyuh dan segelas susu sahaja," ujarnya.

Hani bertanyakan soalan mengenai diet dalam program Soyou X Hani's Beauty View.

Dalam program tersebut, dia merupakan pengacara bersama Hani daripada kumpulan EXID.

Menurut portal AllKpop, Hani secara tidak sengaja bertanyakan soalan mengenai diet kepada Soyou.

"Saya suka melihat foto kamu apabila berbikini, cantik dan menawan," puji Hani.

"Sebenarnya, saya bukanlah seorang wanita yang kurus," jawab Soyou sebelum berbicara mengenai diet yang diamalkan.

Soyou, Hani

Artikel Lain