suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

G.O (MBLAQ) Sah Bercinta Dengan Choi Ye Seul

G.O mendedahkan Choi Ye Seul sebagai kekasihnya.

SALAH seorang kumpulan MBLAQ iaitu G.O mengesahkan dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Choi Ye Seul.

Pengesahan tersebut dibuat menerusi laman Instagram G.O yang memuat naik foto bersama Choi Ye Seul pada Rabu.

"Pagi ini, ada beberapa nama yang naik dalam pencarian di Internet. Kami rancang secara peribadi untuk berkongsi berita ini dalam masa terdekat.

"Tapi malangnya sudah ada gosip yang tersebar dahulu. Tapi tak apa. Sebab ia adalah berita gembira," tulisnya.

Tambah G.O lagi, "Masa berjalan terlalu pantas sehingga saya bertemu dengan seseorang ketika berada di luar negara dan orang itu adalah Choi Ye Seul.

"Dia seorang yang sentiasa menerima dan memahami. Saya sangat gembira. Saya percaya kebahagian ini yang saya rasai untuk berkongsi orang yang sayang saya seperti virus," ujarnya.

Gosip mengenai hubungan pasangan ini mula berterbangan sejak Selasa lalu.

G.O, Choi Ye Seul

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain