‘Hantu’ Amy Winehouse Lawat Bapa - Bintang Global | mStar

‘Hantu’ Amy Winehouse Lawat Bapa

Amy Winehouse meninggal dunia pada 2011.

BAPA kepada mendiang penyanyi Amy Winehouse mendedahkan 'hantu' anaknya itu akan melawat dia setiap hari.

Mitch memberitahu The Sun, sejak Amy meninggal dunia dia sentiasa berharap anak kesayangannya itu datang dan ia menjadi kenyataan walaupun dalam bentuk lain.

"Selepas tiga tahun dia meninggal dunia saya berfikir mungkin suatu hari nanti Amy akan kembali dalam bentuk lain dan ternyata dia datang menjenguk saya.

"Tetapi bukan secara fizikal tetapi spiritual," katanya.

Kata Mitch, 'semangat' Amy akan datang dan duduk di tepi katilnya dan hanya merenungnya tanpa berkata apa-apa.

"Setiap kali saya merasakan kehadirannya, saya akan bertanya kepadanya, 'adakah kamu okey?'

"Saya takut juga tetapi pada masa yang sama saya rasa selesa apabila mengetahui Amy berada di sekeliling saya," ujarnya.

Amy Winehouse

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mas Ermieyati sertai Bersatu