suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

G-Dragon Sekali Lagi Dikaitkan Dengan Lee Joo Yeon

G-Dragon dan Lee Joo Yeon sekali lagi dikaitkan mempunyai hubungan cinta.

PENYANYI G-Dragon dan bekas anggota kumpulan After School iaitu Lee Joo Yeon sekali lagi dikaitkan sedang menjalinkan hubungan cinta.

Soompi melaporkan pasangan itu dikatakan dilihat bercuti bersama-sama di Pulau Jeju dan menghabiskan masa selama empat hari di sana.

Ini bukan kali pertama kedua-dua selebriti terkenal itu dikaitkan mempunyai hubungan cinta apabila mereka dilaporkan pergi ke Hawaii pada November lalu.

Bagaimanapun, syarikat pengurusan masing-masing ketika itu menafikan mereka bercinta sebaliknya hanya berkawan baik dan percutian ke Hawaii turut disertai oleh rakan-rakan mereka.

YG Entertainment dan Better Ent ketika diminta mengulas mengenai perkhabaran terbaharu ini memberitahu ingin bertanya dengan artis mereka terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sementara itu, G-Dragon dilaporkan bakal menyertai latihan ketenteraan pada Februari ini selama dua tahun.

G-Dragon, Lee Joo Yeon

Artikel Sebelum

Artikel Lain