suria

Khloe Kardashian Diselar Bersenam Ketika Hamil

Khloe Kardashian diselar pengikutnya di Instagram gara-gara dia bersenam ketika hamil.

BINTANG realiti Khloe Kardashian diselar oleh pengikutnya di Instagram gara-gara dia bersenam ketika hamil.

Khloe bagaimanapun menjelaskan senaman yang dilakukan adalah selamat malah ia mendapat kebenaran daripada doktornya.

"Kepada sesiapa yang tiba-tiba merasakan mereka adalah doktor, saya ingin beritahu anda senaman yang saya lakukan adalah selamat.

"Malah saya mendapat kebenaran daripada doktor selain mempunyai pelatih peribadi yang sangat komited dan tahu senaman yang sesuai untuk wanita hamil," tulisnya di Twitter.

Baru-baru ini, Khloe, 32, mengumumkan dia sedang hamil enam bulan selepas beberapa bulan mendiamkan diri berhubung kehamilannya.

Dalam pada itu, Khloe turut memuat naik pautan artikel mengenai senaman ketika hamil di Twitter miliknya untuk dibaca oleh sesiapa yang tidak memahami senaman ketika hamil.

Khloe Kardashian

Artikel Lain