suria

Mina (Twice) Daftar Sebagai Penderma Organ

Mina mendaftar sebagai penderma organ dan berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagramnya.

SALAH seorang ahli Twice iaitu Mina mendaftar sebagai penderma organ bersempena ulang tahun yang ke 800 hari kumpulan itu melibatkan diri dalam industri seni hiburan di Korea Selatan.

Mina berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram peribadi miliknya selain turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang menyokong karier mereka selama ini.

"Anda menjalani tahun 2017 dengan baik? Hari ini masuk hari yang ke 800 Twice berada dalam industri, tahniah!

"Untuk semua yang sentiasa menyokong dan memberi kekuatan kepada kami terima kasih dan selamat menjalani hari yang indah," tulis Mina.

Mina turut berharap tindakannya mendaftar sebagai penderma organ akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara sama.

Mina, Twice

Artikel Berikut

Artikel Lain