suria

V (BTS) Lelaki Paling Kacak Di Dunia!

V dipilih sebagai lelaki paling kacak di dunia untuk tahun 2017.

ANGGOTA kumpulan BTS iaitu V muncul sebagai lelaki paling kacak di dunia untuk tahun 2017 menerusi senarai dikeluarkan oleh TC Candler.

Koreaboo melaporkan selain V atau Kim Tae Hyung, dua lagi anggota kumpulan itu, Jimin dan Jungkook turut berada di kedudukan 13 dan 64 daripada 100 lelaki yang disenaraikan dari seluruh dunia.

Ahli EXO, Sehun berada di tangga ke-9 manakala Kai menduduki tangga ke-38 selain tempat ke-19 milik Taeyang daripada kumpulan Big Bang.

Penyanyi Jonghyun yang meninggal dunia baru-baru ini akibat membunuh diri turut tersenarai di tempat ke-27.

Siwon turut tersenarai 100 lelaki kacak di dunia.

Selebriti lain yang turut tersenarai adalah Luhan ditangga ke-45, Lee Min Ho (84) dan Siwon (40).

Menerusi senarai sama, beberapa bintang terkenal dunia seperti Joe Jonas berada dalam senarai ke-100, Ryan Gosling (91), Leonardo Dicaprio (87), Dwayne Johnson (82), Brad Pitt (78), Christiano Ronaldo (46) dan Idris Elba (8).

Pemilihan kedudukan senarai itu bukan sahaja berdasarkan rupa paras mereka tetapi mengikut jumlah 'like' di Instagram, populariti dan kejayaan mereka dalam bidang masing-masing.

V, BTS, Siwon, Leonardo Dicaprio

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain