LIMA individu ditahan susulan didakwa terlibat dengan kematian penyanyi Liam Payne pada 16 Oktober lalu di Argentina. Tiga daripada lima individu tersebut bakal didakwa atas pertuduhan membunuh tanpa niat. Manakala dua lagi berdepan tuduhan membekalkan dadah kepada bekas anggota kumpulan One Direction itu. Liam didapati mengambil pelbagai jenis dadah sebelum ditemui jatuh. Kesalahan membekalkan bahan terlarang berkenaan dilakukan oleh lima individu namun hanya tiga sahaja dibebaskan daripada pertuduhan tersebut. Antara individu yang didakwa atas tuduhan membunuh termasuklah wakil agensi yang mengiringi Liam, pengurus hotel dan ketua kaunter penyambut tetamu. ARTIKEL BERKAITAN: Liam Payne ambil pelbagai jenis dadah sebelum maut ARTIKEL BERKAITAN: Ugutan terjun tidak diendahkan, Liam Payne bergelut dengan 3 pekerja hotel sebelum ditemukan maut Manakala seorang kaki tangan hotel dan pelayan restoran pula ditahan atas pertuduhan membekalkan bahan terlarang kepada penyanyi itu. Sebelum ini, Liam didapati mengambil dadah jenis kokain dan benzodiapin serta alkohol sebelum ditemui jatuh di sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina. Selepas sebulan siasatan, jasad Liam kemudiannya disemadikan di sebuah tanah perkuburan di Amersham, Buckinghamshire dekat London pada 20 November lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!