suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Foto di hospital tersebar, Vanessa Hudgens bengang paparazi ceroboh privasi

Vanessa kesal apabila gambar dirinya di hospital tular di media sosial.

DALAM kegembiraan menimang cahaya mata pertama 3 Jun lalu, pelakon Vanessa Hudgens kesal apabila foto dia berada di hospital tersebar di media sosial.

Vanessa, 35, menyifatkan tindakan paparazi merakam gambarnya tanpa izin menggangu privasi dia dan keluarga.

"Kami kecewa apabila privasi keluarga kami pada waktu-waktu istimewa ini diganggu oleh paparazi.

Copy of Untitled - 2024-07-07T132446.395

Vanessa dan Cole mendirikan rumah tangga pada Disember tahu lalu.

"Apa-apa pun, saya dan bayi yang baru lahir selamat dan sihat!" katanya.

Vanessa berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di InstaStory.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang ‘High School Musical’ sudah kahwin! Vanessa Hudgens pilih pemain besbol sebagai teman hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Vanessa Hudgens temui cinta baharu? Berpegangan tangan dengan pemain besbol Cole Tucker

Bagaimanapun, Vanessa sehingga kini memilih untuk tidak mendedahkan jantina dan nama cahaya matanya.

Sebelum ini, bintang High School Musical itu mengejutkan ramai apabila memaklumkan dia hamil ketika muncul di acara karpet merah Anugerah Oscar pada Mac lalu.

Untuk rekod, Vanessa mendirikan rumah tangga dengan pemain besbol Cole Tucker pada 2 Disember tahun lalu di Tulum, Mexico.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain