suria

Muncul buat pertama kali selepas pembedahan hidung, peminat hampir tak kenal Mahalini

Peminat seakan tidak kenal dengan wajah baharu Mahalini.

KEMUNCULAN penyanyi Mahalini di Funtastic Day 2024 yang berlangsung pada malam Sabtu menjadi tumpuan apabila ramai hampir tidak mengenalinya.

Mana tidaknya, penonton perasan wajah Mahalini dikatakan berbeza apabila hidungnya kelihatan lebih muncung berbanding sebelum ini.

Selain hidung, bahagian mata penyanyi yang terkenal dengan lagu Sial itu juga terlihat berlainan.

mahalinii

Perubahan muka Mahalini buat peminat kecewa.

Penyanyi berusia 24 tahun itu dilaporkan telah menjalani pembedahan di Korea Selatan pada Jun lalu.

Perubahan tersebut mengejutkan peminatnya selain menganggap ia bukan Mahalini yang sebenar.

Rata-rata mereka meluahkan rasa rindu terhadap wajah lama Mahalini yang lebih cantik dan semula jadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahalini hanya mampu jeling, Rizky Febian mahu 12 orang anak

ARTIKEL BERKAITAN: Mahalini bakal peluk Islam, majlis nikah dengan Rizky Febian berlangsung di Jakarta

Bagaimanapun ada berpendapat penyanyi tersebut melakukan pembedahan di bahagian hidung selepas mengalami masalah sinus yang teruk sebelum ini.

"Terasa kehilangan Mahalini yang dulu. Kenapa dia buat pembedahan muka?

"Yang dulu lebih cantik, sekarang hidung dan mata macam tak sesuai.

"Kembalikan muka Mahalini yang dulu!," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain