suria

Rumah tangga bakal berdepan masalah, bapa Rizky Febian bidas ramalan tukang tilik

Perkahwinan Rizky dan Mahalini diramal bermasalah pada 2025.

USIA perkahwinan baru sahaja menginjak dua bulan, namun pasangan selebriti Rizky Febian dan Mahalini sudah pun diramal bakal berdepan masalah rumah tangga.

Ramalan berkenaan dibuat tukang tilik asal Indonesia iaitu Hard Gumay yang mendakwa pasangan berkenaan bakal berdepan masalah rumah tangga tahun depan.

"Masuk sahaja tahun 2025, Rizky Febian dan Mahalini akan berdepan masalah rumah tangga yang sangat berat, tetapi saya percaya mereka mampu harunginya.

Copy of Untitled - 2024-07-07T125331.025

Sule menyelar kenyataan yang dikeluarkan Hard di ruangan komen.

"Saya melihat apa yang akan terjadi dari wajah kedua-duanya, dari wajah keluarga lelaki dan keluarga perempuan," katanya.

Hard berkongsi perkara itu menerusi sebuah sesi podcast di TikTok Rumpi Asikk.

Bagaimanapun, bapa kepada Rizky iaitu pelawak Sule tampil mempertahankan rumah tangga anaknya menerusi ruangan komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tempoh berlagak sudah berakhir, Sule jual koleksi kereta mewah bukan sebab tanggung hutang

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai cuba ganggu hubungan Rizky Febian dan Mahalini, tukang tilik ramal pasangan ini bahagia sampai tua

Sule menegaskan hubungan anak dan menantunya berada dalam keadaan baik malah tiada sebarang masalah.

"Mereka sedang menjalani hubungan dengan perasan bahagia," ujarnya.

Untuk rekod Rizky dan Mahalini sah bergelar suami isteri pada 10 Mei lalu dan majlis pernikahan berlangsung di sebuah hotel di Jakarta.

Mahalini yang sebelum ini merupakan penganut agama Hindu disahkan telah memeluk Islam sebelum menjadi isteri Rizky.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain