TINDAKAN anak perempuan pelakon Nia Ramadhani menari sakan dalam pakaian seragam sekolah mengundang rasa bimbang dalam kalangan netizen.
Mana tidaknya, skirt yang dikenakan Mikhayla Bakrie disifatkan sebagai menjolok mata bagi seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Mikhayla bersama dua orang rakanya asyik menari dipercayai di dalam tandas sekolah.
Mikhayla (kanan) tidak terlepas daripada terus mendapat perhatian ramai.
Ketiga-tiga mereka dilihat memakai pakaian seragam berwarna biru muda sambil menari mengikut rentak lagu yang dimainkan.
Tindakan mereka menimbulkan rasa kurang senang netizen yang bimbang mereka menjadi sasaran gangguan seksual.
Apatah lagi kes membabitkan pedophilia semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab naik kereta peronda polis, netizen sangka Nia Ramadhani dan suami ditahan buat 'perangai' lama
ARTIKEL BERKAITAN: Berpenampilan seksi sambut tahun baharu... Nia Ramadhani, anak dikecam pakai tak tutup aurat
Susulan itu ramai menegur Nia dan suaminya iaitu Ardi Bakrie agar memantau kegiatan anak mereka termasuk menghadkan penggunaan media sosial.
Untuk rekod, Nia dan Ardi mendirikan rumah tangga pada 1 April 2010.
Hasil perkahwinan itu mereka turut dikurniakan dua lagi orang anak iaitu Mainaka Zanatti Bakrie, 9, dan Magika Zalardi Bakrie, 7 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!