PASANGAN selebriti Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah meluahkan rasa syukur apabila bakal mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah tidak lama lagi.
Berkongsi berita baik itu, Atta, 40, hilang kata-kata apabila diberi peluang menunaikan rukun Islam kelima itu bersama isteri pada usia muda.
"Haji pertama saya dan isteri. Kami datang ke rumahMu Ya Allah.

Solekan tebal Aurel menjadi perhatian netizen.
"Kami masih muda tapi Allah sudah panggil. Semoga lancar," katanya.
Atta berkongsi mengenai berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Rabu.
Personaliti media sosial popular Indonesia itu turut berkongsi beberapa foto bersama Aurel dan dua anak perempuan mereka ketika mengadakan majlis doa selamat sebelum berangkat ke Makkah.
Bagaimanapun timbul pula perasaan kurang senang dalam kalangan pengikut Atta apabila melihat solekan tebal Aurel dalam foto tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pernah jual kad sim di Pasar Seni, Atta Halilintar kenang kehidupan di KL... Paling rindu milo dinasour
ARTIKEL BERKAITAN: Reaksi wajah masam jadi bualan, Aurel Hermansyah didakwa tak senang kawan bakal jadi adik ipar
Mengenakan jubah dan tudung labuh berwarna putih, netizen menyifatkan solekan tebal dikenakan Aurel tidak sesuai untuk beribadah.
"Nak pergi mengerjakan Haji tak payah pakai bulu mata palsu Aurel. Haram! Apatah lagi bulu kening itu macam disulam.
"Bulu mata kena tanggal ya. Baru sah Haji itu nanti," komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


