suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Reaksi wajah masam jadi bualan, Aurel Hermansyah didakwa tak senang kawan bakal jadi adik ipar

Aurel (kiri) didakwa menunjukkan reaksi kurang senang sewaktu membuat panggilan video.

REAKSI penyanyi Aurel Hermansyah sewaktu menjawab panggilan video dengan Aaliyah Massaid selepas dilamar Thariq Halilintar pada Khamis lalu mencuri perhatian ramai.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok @mei-mei271, Aurel atau Titania Aurelie Nurhermansyah, 26, didakwa menunjukkan ekspresi wajah mencebik (masam) dan lirikan sinis dalam sesi panggilan video tersebut.

Aurel dan suaminya iaitu Atta Halilintar dipercayai sedang berbual mengenai majlis perkahwinan Thariq dan Aaliyah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

aurel - 1

Thariq dan Aaliyah membuat panggilan video bersama Atta dan Aurel.

Menerusi perkongsian video yang dibuat, Atta bertanyakan kepada Thariq tentang lokasi pernikahan mereka nanti.

Susulan daripada itu, rata-rata netizen membuat andaian Aurel tergugat dengan kehadiran Aaliyah sebagai birasnya.

"Persaingan antara biras akan segera bermula.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah tinjau lokasi majlis, pernikahan Thariq Halilintar semakin hampir

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap hisap dadah perkara biasa, bekas kekasih Thariq Halilintar ditahan polis

"Percayalah bila bersahabat lain, nanti sudah menjadi keluarga, lagi-lagi akan timbul pula masalah lain," komen netizen.

Sebelum ini, Thariq yang merupakan Youtuber berkongsi video di Instagram melamar Aaliyah pada 15 Mei lalu.

Malah dalam sebuah temu bual bersama media, Thariq mengakui sudah mula membuat tinjauan lokasi majlis perkahwinan mereka.

Tidak hanya itu, isteri Atta iaitu Aurel juga sebenarnya bersahabat baik dengan Aaliyah sejak kecil lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain