suria

Hantar video lucah dan paksa bekas pembantu tanggal baju, Kanye West berdepan tuduhan gangguan seksual

Lauren memfailkan saman terhadap Kanye West atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

PENYANYI rap kontroversi Kanye West didakwa melakukan gangguan seksual terhadap bekas pembantunya pada 2021.

Wanita berkenaan Lauren Pisciotta mendakwa Kanye membuat panggilan lucah terhadapnya termasuk menghantar rakaman video seks yang memaparkan penyanyi rap itu sedang melakukan hubungan intim bersama wanita lain.

Malah Lauren mendakwa Kanye pernah memaksanya menanggalkan pakaian ketika dia berada di pejabat.

Copy of Untitled (40)

Kanye berdepan beberapa pertuduhan lain.

Susulan itu, Lauren memfailkan saman terhadap Kanye atas tuduhan gangguan seksual selain melanggar kontrak, kesalahan dalam pemecatan selain persekitaran tempat kerja tidak selamat.

Lauren yang juga model OnlyFans mendakwa dia ditawarkan gaji sebanyak AS$1 juta (RM4.7 juta) setahun namun tidak menerima bayaran dijanjikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu tiduri isteri Barack Obama, netizen minta Kanye West pindah duduk dalam hutan

ARTIKEL BERKAITAN: Porsche hadiah buat isteri, netizen minta Kanye West beli baju untuk Bianca

Malah Kanye gagal melunaskan tunggakan gaji selain pampasan sebanyak AS$4 juta (RM14 juta) ketika memecatnya.

Selain bertindak sebagai pembantu peribadi, Lauren memberitahu dia juga menguruskan perniagaan Kanye selain ditawarkan bekerjasama dalam penerbitan beberapa buah lagu.

Kanye bagaimanapun masih mengunci mulut mengenai dakwaan terbaharu yang dilemparkan terhadapnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain